Tuesday, October 9, 2012

GIG MUARIAN 28OCT- INTERVIEW BERSAMA ABMS696!!

GIG MUARIAN 28 0CTOBER NI DAH DEKAT YOP!!! GILERRRR LAH!!! OK BUAT PENGETAHUAN ANDA SUMA , ABMS 696 - SEBUAH BAND EXTREME METAL DARI JOHOR BAHRU BAKAL MELANCARKAN MATERIAL TERBARU MEREKA YA NG BERJUDUL "GODZ"!! SEMPENA  MENJELANG GIG INI, PIHAK SILVERSOUND ENTERTAINMENT SEMPAT MENGADAAN TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KETUA MEREKA IAITU ENCIK RAYMON OF RDL !! OK . SEBELUM ITU LEBIH BAIK KITA BUAT SEDIKIT SHORT REVIEW TENTANG MEREKA YE. ABMS696 ADALAH BAND EXTREME METAL FROM JOHOR BAHRU. MEREKA TELAH BERGERAK AKTIF selama 5 TAHUN. KETUA MEREKA - ENCIK RAYMON RDL ADALAH SAHABAT RAPAT HAMBA SENDIRI DAN SALING MENYOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN. SEBAGAI BAND YANG SAMA SAMA LAHIR DI NEGERI JOHOR,ANGGOTA ABMS696 DAN HIDDEN SILENCE TELAH 
LAMA MENJALINKAN PERSAHABATAN YANG RAPAT. RAYMON RDL  MERUPAKAN AKTIVIS YANG MENUMPUKAN 100% EFFORT KEPADA PERJUANGAN SCENE UNDERGROUND. BUKTINYA, BELIAU MENJALAN KAN PERNIAGAAN KEDAI METAL & RECORD LABEL - RDL DISTRO SEPENUH MASA!! BELIAU JUGA MENGASASKAN GROUP FB - SOUTHERN ELITE UNDERGROUNERS YANG MENJADI PUSAT INFO DAN DISCUSSI KHUSUSNYA BUDAK2 DI SELATAN!! OK. APA PUN, MARI KITA IKUTI TEMUBUAL EKLUSIF BERSAMA ENCIK RAYMON SENDIRI SEMPENA MENJELANGNYA GIG MUAIRIAN 28 OCTOBER 2012!!





1) ABMS 696 TELAH LAMA BEROPERASI .. BERBAGAI TANGGAPAN DAN 
ULASAN TENTANG MEREKA DARI PELBAGAI SUDUT.. TETAPI.. KITE BOLEH MELABEL KAN MEREKA ADALAH GENUENE MUSICIAN DI ATAS DASAR ISTIQAMAH (consistent) MEREKA DALAM BERKARYA DAN MENGELUARKAN MATERIAL KAN MATERIAL .. APAKAH ANDA BERSETUJU DGN TANGGAPAN TERSEBUT DAN SILA JELASKAN


Thanks abu!! Rdl disini menjawab segala soalan. konsisten.. ya! dlm mencari jalan utk eksperimentasi muzik dan belajar seni yang kami bawa serta membawa dan membuat produksi rilisan secara DIY... Kami perlahan2 mencapai tahap yang lebih tinggi. Abms 696 adalah swbuah band musician amatur dan underground. Buktinya - Kami tidak pernah dibayar utk perform. Abms 696 adalah satu band part time kami. Dibuat secara sambilan... dan setelah melihat sejenak... selepas 5 tahun kami wujud... Kami mempunyai 18 rilis (dimana purata kami ada 3-4 rilis setahun).. Dan kami konsisten utk main show secara sambilan tetapi ... Kami main show sekali setiap 3 bulan (iaitu 4 kali setahun)... Melihat apa yg telah dicapai...kami rasa bangga dgn apa yg kami buat utk abms 696..

2) ABMS bakal bermain di bandar maharani muar buat pertama kali nya.. apa kah komen anda??

Bermain show di muar adalah sesuatu yang kami mahu lakukan sejak 2009. Tak tercapai sehingga kini. Kami gembira dapat beraksi disana. Itu yang pasti. Terima kasih kepada Komuniti Pemuzik Muar yang sudi jemput Abms 696!

3) ABMS dilabelkan sebagi band yang profesional dan menjalin hubungan silaturrahim yg rapat dgn komuniti metal di muar dan melaka.. tetapi ade suara suara yang mengatakan ade percubaan individu yang tidak bertanggungjawab yg tidak senang jika ABMS mengadakan persembahan di batu pahat dan muar.. jika benar dakwaan itu, kami sangat ingin mengetahui komen sebenar daripada pihak tuan hamba



thanks kalau kata kami professional. Kami hanya buat sebaik mungkin. Ya kami ada bercampur dgn komuniti metal di muar.. Malah kami bercampur dgn sesiapa juga dimana2 pun selagi mereka sudi bersahabat dgn kami. Tentang tanggapan2 sesetengah pihak yang sukar hendak terima kami kerana muzik.. Konsep.. Pakaian.. Idealogi... Pergaulan.. Lingkungan sahabat kami... Aku sukar nak komen kerana itu pendapat masing2... kalau tak suka kami. Kami pun tak kisah sebenarnya.

4) berikan sedikit gambaran tentang material terbaru ABMS-GODZ yang bakal dikeluarkan pada tarikh 28 october 2012 nanti. apakah pengisian menarik yang boleh dikongsikan kepada kami?

God'z adalah album kedua kami. Apa yang menarik adalah Abms 696 kini menggunakan 3 line up baru utk leads dan guitar serta bass. Lagu2 dialun lebih berat.. Mempunyai riff dan petikan solo dimana lagu2 awal abms 696 sekitar 2007-2011 tidak ada part solo. Hahaha.. Drum juga dipertingkatkan dgn blast2 dan pukulan yg lebih kemas teratur. Serta lirikal yang lebih matang. Keseluruhan album ini berbeza dgn apa yg telah kami hasilkan sebelumnya. Segalanya lebih baik.. Mantap, matang dan lebih serius di album God'z ini.



5) apa kah komen anda tentang scene music di muar dan melaka?

Kami banyak tahu tentang band2 muar melalui persatuan KPM yang kami sertai. Dan byk aktiviti muzik berlaku di Muar. Agak aktif dan terdiri dari pelbagai genre. Di melaka pula.. Kami lebih tahu band2 metal saja berbanding genre lain.scene melaka aktif juga dgn show2 dan band2 yang bagus.

6) apakah persediaan dan mungkin kejutan yg bakal ABMS hidangkan kepada rakan rakan di BANDAR MAHARANI MUAR 28 october ini?

kami berlatih dan menjanjikan satu set show yang bertenaga. Kami cuba buat yang terbaik di muar. Tengok lah nanti. Sila pakai 3 helai spender ya... Kami nak dtg ni... Hahahah !!

7) soalan cepu emas. (kalau x nak jawab pun takpe).. banyak individu di dalam scene yg suka mencari jalan untuk menonjol.Berbanding dgn genuene musician yg lebih fokus berkarya.. mereka lebih suka mewujudkan permainan politik sesama warga scene termasuk melaga laga kan sesama sendiri. Apa komen anda??
ini perkara biasa berlaku dimana2 saja dlm dunia tak kira scene underground atau mainstream. Adalah menjadi satu kewajiban utk berdamai.. Tapi jika tak boleh.. Dan memang tak nak berdamai.. Perang terus... Kasi pijakkk !!!

8) ADAKAH MALIK HANAEL AKAN TURUT PERGI KE GIG MUARIAN 28 OCTOBER INI??

Saya tidak tahu .... kalau dia sudi dtg lagi bagus!!

9) SOALAN TERAKHIR...APAKAH HARAPAN ABMS KEPADA RAKAN RAKAN SEMPENA MENJELANGNYA GIG MUARIAN 28 OCT 2012??

harapan kami agar launching album God'z berjalan lancar.. dan lagu2 abms 696 dlm pertunjukan nanti dapat menghibur dan memberi kesan pada peminat metal dan meletak abms 696 sebagai satu band ekstrim metal yang berdaya saing utk semua. Kami harap apa yang kami buat utk abms 696 akan memberi semangat dan perangsang utk warga2 muar bangun dan buat juga band2 metal yg lebih hebat dari kami agar scene kita lebih meriah dan baik lagi dimasa depan. Terima kasih. Jumpa di Muar !




OKEH. SEKIAN SAHAJA SHORT INTERVIEW BERSAMA ENCIK RAYMON RDL FROM ABMS 696. APA PUN, SEMOGA GIG MUARIAN 28 OCTOBER INI MENYAJIKAN PERSEMBAHAN MEREKA YANG MANTAP DAN MENINGGALKAN KESAN KEPADA WARGA BANDAR MAHARANI!!  SEKALI LAGI HAMBA INGIN MEMBERITAHU... GIG MUARIAN 28 OCTOBER ANJURAN KOMUNITY PEMUSIK MUAR DAN BROTHER BUANG DAH TAK LAMA LAGI!! SAYA MENDAPAT MAKLUMAT YANG RAMAI RAKAN RAKAN DARI SERATA RANTAU AKAN TURUN MEMBERIKAN SOKONGAN!! DENGAR CERITA BELAH KL AJEH 2 BIJIK KERETA. MELAKA 4 BIJIK KERETA!!  RAKAN RAKAN DARI BATU PAHAT, JOHOR BAHRU..  INSHALLAH. KITA AKAN TERUS BERKEMPEN SEBAGAI IKHTIAR KITA MENYOKONG PENGANJUR!! AKHIR KATA.. GIG MUARIAN... LETS GO!!! LETS GO!!!





MORE STORY?? CLICK PADA LOGO BESAR DI BAHAGIAN ATAS SEKALI DAN PAGA AKAN RE-LOAD DAN STORY LAIN AKAN MUNCUL DI BAWAH OK!!